Welcome to Blue Imposible. Do Follow here. Thank you. ++Follow | Dashboard
//IMPOSIBLE




pathetic
Mar 5, 2015 | 3/05/2015 11:29:00 AM | 0 comments



ya i know all these things that happened came from me. its all my fault. but ive done my best. i dh study i dh doa i dh berusaha tp apa hasilnya? nothing! sia sia usaha aku. but one thing jgn lupa syukur. i know semua ni ada hikmahnya. mybe ini yg terbaik utk aku. this is one of his dugaan for me. spread the positive thoughts. He knows the best for me. congrats for me walapun sbnrnya tk layak aku dpt ucapan itu. usaha aku sikit sgt so ini hasilnya. im so sorry. i cant stop crying but aku harap aku dpt peluang kedua. if only aku dpt peluang kedua aku janji aku tkkan sia siakan. so sorry really sorry. i know u guys hurt. im soooooooooo sorry for the million times. but pls dont stop trusting me. ill do my best next time. i promise i wont disappoint u guys for the third time. im sorry :-(
sorry
Mar 3, 2015 | 3/03/2015 05:49:00 PM | 0 comments




im so sorry sbb dh kecewakan. maaf sgt nak nangis rasanya. tau its all my fault tau dan faham sgt. i know im not a good daughter. yg negatif semua ada kat aku. but one thing fr sure, aku janji akan buat yg terbaik in the future. nk tebus balik kekecewaan ni. its ur second time rasa kecewa ni im so sorry for disappointing both of u. pleaseeeeeeeee doakan yg terbaik and ill do my best inshaAllah. janji ni guwa akan tebus balik. arghhhhhhhhhhhhh please pray the best for me. i know rezeki bukan kt spm but mybe di u, perkahwinan or something else. harap sebelum aku mati aku mampu bahagiakan mak ayah. maaf beribu maaf. sincerely, ur lonely daughter.
Mkay
Aug 28, 2014 | 8/28/2014 07:17:00 PM | 0 comments
           
          *frustrated* kemain semalam dpt text akak instashop wah rasa berbunga hati mesti nk dpt dah parcel kan awh eksaited siot. Harini balik sek tgok "eh pebenda tu? aku punya ke?" ckp dalam hati ye tanya akak and she said thats mine! waaaaaaaa happynya lebih kurg 3 minggu tggu alhamdulillah dpt jgak en har har hambar do. Bila bukak i asked my sis tnya benda ni dtg dr china ke and dia ckp yes okay tkde kena mengena pun pastu lepas tgok kasut ai rasa mkay mmg dlm gmbr nampak lawooo gila tp the fact is biasa je pandai betul org tu tipu aku heh. tp srsly tinggi gila do 4 cm mana tk tinggi nmpk dlm gmbr rendah je padahal fuhh mmg boleh nmpk tinggi kalau pakai. then akak ai ckp kasut ni guna kulit babi and i was like, what?! kulit babi?!! how could it be?! bapak ah habistu lesap cemtu jelah duit aku?! okay that was me talking in my head so nobody heard it but me. bajet sgt haaaa. akak aku pun ckp dia pun pernah beli kasut pakai kulit babi n dia buang. okayyyy......sedihnya kena buang lah ni haih dugaan do. rasa nk tergelak pun ada. kemain eksaited aku selalu usha gmbr kasut tu tk sabaw okay nk dpt kasut ni tp tk sangka benda ni yg jadi. okayyy......lek ah pis sikit har har. mmg dugaan do dh lah tgh trial. rasa nk nangis maaf nangis bukan sbb kasut tp sbb tgh fikir pasal spm. ya allah bantulah hambamu yg lemah ini. tadi payper bm pun mcm hambarnya blerghhh dh lah tkde idea. tkde idea bukan sbb allah tk terangkan hati aku tp sbb tk belajo padan muka diri sendiri. how am i going to face the upcoming day? idk y rasa sedihhhh sgt sayuuuuu sgt rinduuuu sgt. ko tau its been almost a year aku tk jumpa kawan ai. moga dia tk lupakan aku. i miss her so bad. rindu nk cubit rindu nk gelak sesama nk gaduh nk buli nk sembang sesama nk nangis kt dia rinduuuuuuu sgt. hmmmmmmm entahlah. well, time flies but u hv to keep moving. jgn sedih dah lagi. shes happy there kan thats enough. babe dont u miss me? hmmmm ai miss u a lot. rindu awak 200 kilo kahkahkah! rindu awak 200 meter pun boleh whtever hahahahahah. gotta go. maghrib ni seharusnya kita solat or baca quran semoga berjaya bye i love myself muah muah pis sikit!!!!!!
Its coming!!!!!! yehaaa
Jul 20, 2014 | 7/20/2014 10:40:00 PM | 0 comments

          Idk y rasa malas tu tahap infiniti dah weh. Tp bak kata cikgu asiah ''paksa diri bukan manjakan diri" watlek watpis berapa bulan je lagi then kita enjoyyyyyyyy! Haritu tgok countdown ada 111 hari lagi skrg ni entahlah malas amik tau. drpd ai buang masa kira semua tu baik iolss study kan? eheheh. harini 20 julai minggu depan raya. habislah raya nnti buku tolak tepi dah. harapnya aku tk cemtu lah. mohon insaf ye tak da masa nak memain lagi wahai diri. ayuh bangkit mengejar sembilan a plus!! Spm mohon pergi ai hate yu ahahahahahaha mkay. Sebenarnya tgh cakap dgn diri sendiri aigoooooooooooooooo bencinya bnyk lagi tk study. yg study pun tk ingat. mmg skrg ni masalah dgn fizik f5. rasa mcm susah gila lagi lagi bab eletrik mende tah aku pun tk faham. Astaghfirullah lawan nafsu syaitan yg membelenggu diri. Semoga berjaya di pengakhiran perjuangan inshaAllah amin. hihihihihihi maaf otak dh mereng fikir spm bye assalam. *good luck utk diri sendiri muah muah* ehhh baru perasan last post tahun lepas fuyyyoooooo rekod dah ni setahun tk post entry baru muahahahahahaha pisyo.
Ini isu kita, isu mereka & isu kami.
Jul 12, 2013 | 7/12/2013 12:29:00 AM | 0 comments

Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, 
Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia. 
Dan barangsiapa memperbaiki urusan akhiratnya, 
Allah akan memperbaiki urusan dunianya.



Pada detik diri lelah menanggung keperitan menahan kesakitan, sesungguhnya pada saat itu bukanlah kesembuhan hakiki yang didambakan.

Pada detik diri tersungkur di atas landasan kegagalan, sesungguhnya pada saat itu bukanlah kejayaan & kemasyhuran hakiki yang diimpikan.

Pada detik diri hilang punca dan keyakinan sehingga terkapai-kapai dalam meniti gejolak ombak dan badai ujian-Nya, sesungguhnya bukanlah harta kekayaan dan wang ringgit mutlak yang diidamkan.

Tidak mengapa andai tiada harapan lagi disaat kesakitan menjengah kerana sudah memadai andai doa dan dorongan yang tidak pernah putus dari mereka yang dicintai terus disalurkan melalui oksigen kekuatan.

Tidak mengapa andai masih jauh untuk tiba di destinasi kejayaan setelah tersungkur rebah di atas landasan kegagalan kerana sudah memadai andai doa, motivasi dan dorongan yang tidak pernah kelam dari mereka yang dicintai terus dipancarkan melalui pelita cahaya kekuatan.

Aku bukanlah siapa-siapa. Yang pastinya aku adalah seorang pendosa. Pendosa yang kadang-kadang berada dihulu & kadang-kadang berada dihilir tasik di atas sampan menuju ke sebuah destinasi hakiki untuk menagih cinta & kasih dari-Nya.
Aku bukanlah seorang penulis yang mampu & mempunyai bakat biarpun jika dicungkil-cungkil oleh pensyarah untuk mengupas isu-isu terkini dengan baik..

Saudara ku di Gaza Palestin sana
Emosi mereka ditekan bertubi-tubi,
para ummi seusia ibuku diseksa berkali-kali,
anak kecil dibunuh tanpa dikasihani,
para remaja seusiaku dirogol bukannya sekali,
para pejuang seusia ayah & adikku tanpa rasa sangsi berjuang bermati-matian untuk mempertahankan Al-Aqsa dan menghancurkan Zionis laknatullah dengan tangan mereka sendiri.

Keadaan aku disini sama sahaja seperti saudaraku di Gaza sana.
Mereka diserang bertubi-tubi oleh Zionis dan mati bergelar syuhada. Mereka diuji. Sama seperti kita disini, masih diuji. Tapi kita disini diuji dengan keharmonian, keseronokan, hiburan, kedamaian, keselesaan, kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah. Kita enak baring di tilam comfort zone yang empukkah?
Tiap kali iklan di media massa memaparkan iklan-iklan, naluri kecil aku bermonolog sendirian. Ada sekelumit  rasa terkilan lahir tiba-tiba tanpa diminta. Sudahlah sumbangan & pertolongan aku buat saudaraku disana bukan sebesar sekangkang kera. Mungkin sekangkang ladybird pun tak sampai. Serba salah tak tahu nak kata apa. Betapa lemahnya aku, aku hanya mampu berdoa & boikot-memboikot sedaya upaya aku.

Seingat aku, ini ayat yang aku mampu petik dari televisyen. Ingat-ingat lupa sebab tak konsisten amalkan pengambilan kurma & kismis.
“Malaysia Negara yang aman & damai berbilang kaum. Tiada pertumpahan darah & tiada peperangan.”
Ada yang kata,

“Alhamdulillah. Malaysia bebas dari peperangan.”

Aah, aku akui. Memang mesej yang disampaikan tidak sampai jatuh hukum makruh mahupun haram. Aku tak kata salah. Tak salah pun untuk diuar-uarkan di kaca televisyen, dada akhbar, corong radio. Tetapi, alangkah molek jika mesej yang disampaikan diselitkan sekali bersama suasana & keadaan saudara kita di sana, semangat yang tak pernah mati buat mereka terus menerus ditanam dalam diri kita disini agar doa buat mereka tak pernah bermusim. 

Ye. Aku khilaf. Isu Gaza tidak bermusim. Isu Gaza bukan sesejuk musim salji, bukan seindah musim bunga, bukan secantik sedamai musim luruh & bukan sebahang musim panas. Kita kat sini, petik suis kipas bila start berpeluh. Mereka disana tak sempat untuk lap peluh pun sebab sibuk memetik picu pistol, bom & machine gun melawan musuh.
Isu Gaza isu kita.


Gali dan tanam dalam-dalam sense of emphathy & sympathy dalam diri. Cuba kita bayangkan Negara kita Malaysia yang dulunya aman, harmoni, sentosa & indah kini diserang musuh. Tiada lagi bangunan tersergam indah mencakar cakar langit. Tiada lagi rumah mewah yang menghiasi indah bandar-bandar maju. Tiada lagi kereta mahal menggelosor memenuhi ruang di atas highway. Tiada lagi padang cantikyang acap kali merakam kegembiraan & hilaian tawa adik-adik kita. Semuanya ketika itu dalam genggaman musuh.

Mereka seusia kita dirogol. Mereka seusia ayah kita dibunuh. Mereka seusia ibu kita ditindas. Mereka seusia adik & abang kita dizalimi. Semuanya berlaku depan mata kita. Mampukah kita?
Di saat itu, kita yang sangat membutuhkan doa & pertolongan dari negara jiran yang seakidah dengan kita. Tapi apa yang kita dengar & diuar-uarkan di negara mereka iaitu negara jiran kita hanyalah..

“Negara kita aman. Negara kita bebas dari cengkaman penjajah. Negara kita bersih dari pertumpahan darah & peperangan.” ini ke yang kita nak dengar disaat kita memerlukan sesuatu yang sangat kita butuhkan disaat kita diuji? Bukan bermaksud untuk menyatakan bahawa kita tiada usaha langsung tapi alangkah lagi molek jika sense of empathy & sympathy towards our brothers & sisters disemai & ditanam tiada pernah henti dari siaran hiburan yang tak bawa apa-apa benefit pun. Merosakkan pemikiran adik-adik, anak-anak kita lagi ada la.

Bukan apa. Bukan nak condemn. Takut alpa dengan ujian kedamaian & kemewahan kita disini. Aku bukan sahaja pendosa & tetapi aku juga seorang pelupa. Sebab itulah aku tak pernah pun dapat 100% dalam paper math ke, sejarah hatta paper psikologi sendiri. Sebab apa? Yee. Sebab aku seorang yang pelupa. Diingatkan sekali lagi bahawa aku seorang pendosa & pelupa.

Kita manusia yang lemah yang memerlukan dorongan, sokongan, motivasi & semangat dari mereka yang kita cinta & percayai. Bukan sekali seumur hidup tapi sepanjang hayat. Itulah yang aku maksudkan. Disaat itu, bukan harta yang menjadi keutamaan hakiki & mutlak. Tetapi, semangat yang tidak pernah mati & tidak bermusim.

Seperti juga aku. Disaat aku lemas hilang punca, tenggelam mencari arah, terjatuh gagal rebah, sakit tiada penawar, bukan material yang aku cari. Tetapi, kata-kata semangat dari mereka yang aku cintai menjadi pemangkin diri. Doa, inspirasi, motivasi, semangat & dorongan ibarat dadah yang perlu disuntik selalu dalam diri aku. Sekali disuntik, hilang segala kepahitan malah penyumbang tenaga untuk terus berdiri dari terus rebah & koma dalam kesedihan hatta kelemahan. Bezanya, ia tidaklah haram dengan dadah yang sering diambil oleh penagih dadah di Malaysia kini..

Sempat untuk aku petik sepotong kata-kata anak Palestin belasan tahun dari sebuah artikel, Majalah Jom tulisan oleh Nurul ‘Ain Mohd Lotphi :
“Harapan kami hanya satu. Doakan kami disini. Kami merindui saudara-saudara seislam kami. Cukuplah doa kalian menjadi kekuatan kami. Dan kami di sini pasti akan melaksanakan amanah kami, berjuang untuk membebaskan al-Aqsa & Palestin. Doakan aku juga menjadi syuhada seperti ayahku.”

Ayah anak Palestin ini telah syahid akibat digilis trak tentera Israel di hadapan dia & ibunya..
Sesuatu perhubungan takkan berjaya untuk dipertahankan jika salah seorang meninggalkan seorang yang lain di saat dia memerlukan. Ikhlaskan hati untuk saling mendoakan & membantu antara satu sama lain.

Tahniah & Alhamdulillah kepada siaran televisyen yang telah berjaya & berusaha semampu mereka dalam menyelitkan, menayangkan, memaparkan & membawa unsur-unsur dakwah, nilai-nilai Islam, sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w biarpun dalam rancangan hiburan. Moga Allah merahmati & melindungi mereka yang setiap hari berfikir & berusaha untuk kebaikan & kemaslahatan umat Islam.
[Al-'Asr: 1-3]

Media elektronik sangatttt berpengaruh buat kita-kita, adik-adik, sanak saudara, sahabat handai, anak-anak bahkan siapa tahu buat haiwan ternakan juge.
Salah guna, generasi mati. Bukan mati fizikal tapi mati hati..

“And Muslims are billion in number but the thing is that there is no concern.”


| Newer Post